VISI SKDI

Menjadikan SKDI Terbilang Menjelang 2015

Tuesday, December 28, 2010

MESYUARAT GURU & BAYAR YURAN 2011

a) Semua Guru wajib Hadir Dlm Mesyuarat Penyelarasan 1 ini pada 30 Dis Jam 8 pagi - 1 tgh
b) Jumaat 31 Dis - Urusan Pembayaran Yuran sekolah 8.30 pg - 12 tgh
c) Ibubapa atau penjaga yg tidak berkesempatan membayar pada tarikh tersebut bolehlah menjelaskannya selepas sesi persekolahan jam 1.45 ptg kepada guru kelas pada minggu pertama.

Sunday, November 14, 2010

RIMUP 2010


RIMUP - RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN diadakan di SM Vokasional Manjung pada 13 Nov 2010 jam 730 - 1 tgh.SKDI menghantar dutanya seramai 10 lelaki 10 perempuan. Antara xtvt - yoyo cina, tarian klasik india,tarian kipas, kolatum,boria.300 murid dibahagikan kepada 3 warna dan mereka berlatih main bersama...Bersatu Kita Maju.

Friday, October 15, 2010

ANTARA YG HEBAT BULAN INI..



Adik Alya memenangi tempat ke 2 mengarang sempena Hari ATM dan Safuan pemain Badminton piala YB Kong Cho Ha...

Friday, August 27, 2010

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA


SKDI akan bercuti mulai 4 hingga 16 Sept 2010..panjang cuti raya ni..harap murid Tahun 6 jangan leka beraya kerana 21 Sept UPSR akan dijalankan. 17 Sept Hari Jumaat sekolah dibuka dan jam 10 adalah sambutan Hari Raya.Bawalah kuih atau lain-lain makanan. Pakai Baju Raya. Jangan lupa bawa buku pula. Hati-hati jangan main mercun..haram...
Saya ucapkan Selamat Hari Haya kepada semua warga SKDI dan kepada pembaca blog ini.



Sunday, July 18, 2010

PELANCARAN BULAN SOLAT SKDI 2010






Semua murid yg beragama Islam WAJIB solat 5 waktu termasuk murid Pra Sekolah. Siapa yg tak solat Sunat dirotan. GB benarkan semua guru rotan ditapak tangan kiri sebagai sunah. Sebelum rotan sekali, selawat dan niat untuk menerapkan ilmu solat. Persembahan Nasyid dan Pentomin oleh murid Tahun 5.

"SOLATKU KEWAJIPANKU"

Kepada semua ibubapa harap dapat pastikan anak-anak solat dirumah...

Wednesday, June 2, 2010

XTVT MEMASAK






Pengakap memang diajar memasak menggunakan bahan bakar asli...kerana bau asap itu memberikan mereka sensitif terhadap kehidupan masa akan datang. memang budak kecil suka bermain masak-masak...

Tuesday, May 18, 2010

GURU HARI GURU 2010






sAMBUTAN hARI gURU MERIAH kALI INI DENGAN KEDATANGAN eN aZRI jAAFAR pEGAWAI kHAS mENTERI bESAR UTK MEMBACA PERUTUSANNYA..2 CAKE COKELAT DAN SATU SUMBANGAN IBUBAPA. pERBAGAI ACARA DISUSUN.PERSEMBAHAN MURID DAN GURU..pERMAINAN BOLA JARING DAN BOLA TAMPAR.mALANNYA PULA JAMUAN mAKAN mALAM kAT tELUK bATIK rESORT...MURID DIBERI AISCREAM...AMBAOI SUKA BETUL DEME...TERIMA KASIH GURU...

Tuesday, April 27, 2010

PKSR PERTAMA SESI 2010

PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA
akan bermula pada 11 hingga 14 MEI 2010..kepada murid2 harap dapat giatkan ulangkaji. Ibubapa dapat memantau anak-anak di rumah.Jangan buang masa merapu. Lepas tu Sekolah cuti 2 minggu pula mulai 5 Jun.Isikan masa dengan perkara berfaedah.
Siapkan Buku Log Perak.
Solat jangan lupa. Ibu ibu bapa bapa siapa yg punya anak, harus berikan didikan agama ISLAM sejati.

Monday, April 26, 2010

BELAJAR KESUNGGUHAN











Perhimpunan Pagi: GB Ramlan mengingatkan tentang " BELAJAR KESUNGGUHAN & KESUNGGUHAN BELAJAR. Maksudnya kta kena belajar bagimana nak lakukan sesuatu dengan kesungguhan & mesti buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Sabtu 24 April adalah hari ganti ikut jadual Isnin. 93 orang tak hadir tanpa sebab. Betapa ruginya anak melayu. Kenapa jadi begitu?
Kesedaran ibubapa sangat penting. Anak-anak ikut perangai mak bapa nya.
Bagi Staf pula: Buat lah sesuatu dengan tekun dan amanah.Sentiasa ingin yang baru.

Hadiah Kebersihan Kelas Tahap 1 dan 2.

Sunday, March 28, 2010

TAHNIAH PASUKAN BOLA TAMPAR MJG




Minggu sudah pasukan Bola Tampar Lelaki Manjung berjaya mendapat Tempat ke Empat. 4 pemain dari SKDI. Cikgu Awang Iskander selaku Jurulatih dan Cikgu Nor Azli adalah Pengurus Pasukan. Tahniah..dan Adik Faiz berjaya terpilih untuk mewakili Negeri Perak ke MSSM bulan Jun ini.

Saturday, March 13, 2010

LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS






13 Mac 2010 Sabtu Jam 4.30 pagi 41 murid dan 41 ibubapa turut serta dalam lawatan.GB, Ramlan Hussin membariskan murid dan agihkan ke bas A dan B. Cikgu yang pi Pn.Fazilah : Ketua Bas B.Jam 5 pg bas mula bergerak dan singah Masjik Parit unt solat. Jam 6.40 terus ke CH. Melalui jalan yg sederhana beloknya. Melalui Simpang Pulai. Kelihatan kawasan Bukit Batu Kapur: Kilang Tile dan Mozek. Marmar yang terbaik didunia terdapat disini. Cuaca sederhana redup dan rintik hujan. Tiba di Pekan Brincang jam 10 pagi.Makan di gerai. Terlupa nak bawa kamera.Guna fon dan kamera murid. Jam 11 ke Tanah Rata. Tiket Masuk Mardi Pakej RM120 untk dua bas. Gembiranya ibubapa dan anak-anak mereka. Komen, elok ada lawatan sebegini selalu boleh mengiratkan hubungan kita semua. Betul tu. Ini konsep baru lawatan SKDI. Guru akan buat apa yg terbaik unk semua. Jam 1.30 solat Jamak dan singah pasar malam Brincang. Jalan seperti biasa jem dan sesak dengan manusia. Jam 4 mula bertolak balik. Banyak beli sayur dan bunga. jam 5.30 singah makan di Batu Gajah. Jam 7.45 malam selamat tiba di sekolah. Syukur dapat selesaikan satu amanah KPM. Semoga perserta lawatan mendapat suatu pengalaman berguna untk masa depan.

Thursday, March 11, 2010

SUKAN TAHUNAN KE 26




Best..cantik Rumah Hijau..




TEMASYA SUKAN TAHUNAN KE 26 SKDI






11 Mac 2010 jam 8.15 pagi Perbarisan Lintas Hormat rumah sukan.En.Anuar Che Ros (YDP PIBG) dan En.Zamri dari PPD Manjung dipentas juara bersama GB. Segak dan bergaya lagi ceria. Ibubapa ramai yg hadir dan mereka diberikan Cendoi. Cuaca panas..aduh lazatnya. Rumah Merah menjadi Johan dan Olahragawan/olahragawati - Adik Imran dan Farah.Tahniah.
Tamat jam 12 tgh...bravo..Ucapan terima Kasih kepada semua yg telah menjayakannya.