VISI SKDI

Menjadikan SKDI Terbilang Menjelang 2015

Sunday, March 28, 2010

TAHNIAH PASUKAN BOLA TAMPAR MJG




Minggu sudah pasukan Bola Tampar Lelaki Manjung berjaya mendapat Tempat ke Empat. 4 pemain dari SKDI. Cikgu Awang Iskander selaku Jurulatih dan Cikgu Nor Azli adalah Pengurus Pasukan. Tahniah..dan Adik Faiz berjaya terpilih untuk mewakili Negeri Perak ke MSSM bulan Jun ini.

Saturday, March 13, 2010

LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS






13 Mac 2010 Sabtu Jam 4.30 pagi 41 murid dan 41 ibubapa turut serta dalam lawatan.GB, Ramlan Hussin membariskan murid dan agihkan ke bas A dan B. Cikgu yang pi Pn.Fazilah : Ketua Bas B.Jam 5 pg bas mula bergerak dan singah Masjik Parit unt solat. Jam 6.40 terus ke CH. Melalui jalan yg sederhana beloknya. Melalui Simpang Pulai. Kelihatan kawasan Bukit Batu Kapur: Kilang Tile dan Mozek. Marmar yang terbaik didunia terdapat disini. Cuaca sederhana redup dan rintik hujan. Tiba di Pekan Brincang jam 10 pagi.Makan di gerai. Terlupa nak bawa kamera.Guna fon dan kamera murid. Jam 11 ke Tanah Rata. Tiket Masuk Mardi Pakej RM120 untk dua bas. Gembiranya ibubapa dan anak-anak mereka. Komen, elok ada lawatan sebegini selalu boleh mengiratkan hubungan kita semua. Betul tu. Ini konsep baru lawatan SKDI. Guru akan buat apa yg terbaik unk semua. Jam 1.30 solat Jamak dan singah pasar malam Brincang. Jalan seperti biasa jem dan sesak dengan manusia. Jam 4 mula bertolak balik. Banyak beli sayur dan bunga. jam 5.30 singah makan di Batu Gajah. Jam 7.45 malam selamat tiba di sekolah. Syukur dapat selesaikan satu amanah KPM. Semoga perserta lawatan mendapat suatu pengalaman berguna untk masa depan.

Thursday, March 11, 2010

SUKAN TAHUNAN KE 26




Best..cantik Rumah Hijau..




TEMASYA SUKAN TAHUNAN KE 26 SKDI






11 Mac 2010 jam 8.15 pagi Perbarisan Lintas Hormat rumah sukan.En.Anuar Che Ros (YDP PIBG) dan En.Zamri dari PPD Manjung dipentas juara bersama GB. Segak dan bergaya lagi ceria. Ibubapa ramai yg hadir dan mereka diberikan Cendoi. Cuaca panas..aduh lazatnya. Rumah Merah menjadi Johan dan Olahragawan/olahragawati - Adik Imran dan Farah.Tahniah.
Tamat jam 12 tgh...bravo..Ucapan terima Kasih kepada semua yg telah menjayakannya.

Saturday, March 6, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 28






6 Mac- Mesyuarat Agung PIBG berjalan dan lancar. 120/209 ahli hadir. Tiada perasmian dan En.Salim yg memangku Ketua kampung selaku YDP menjalankan mesyuarat. YDP yg baru En Anuar Che Ros TLDM.Tiada isu dibangkitkan.GB menerangkan tentang 6 NKRA Malaysia kini dan 4 NKRA Kementerian Pelajaran. Semua nampak paham.Tahniah kepada ibubapa yg hadir.

Friday, March 5, 2010

Rancangan Makanan Tambahan -RMT






Seramai 50 orang pelajar miskin menikmati makanan Percuma RMT..prihatinya kerajaan terhadap mereka.Adalah diharapkan mereka akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh.Jangan main-main masa belajar dan bila dewasa nanti..jangan jadi perosak negara !
"MAKAN DENGAN TERTIB-JANGAN TUMPAHKAN MAKANAN..nak jadikan sebutir nasi dari pokok padi amat sukar sayang..."

Kerajaan kasihan pada kita, kita pula mesti sayang pada kerajaan..ingat tu adik-adik..