VISI SKDI

Menjadikan SKDI Terbilang Menjelang 2015

Sunday, January 31, 2010

PALONG AIR





Buat palong air depan kantin supaya kelihatan cantik dan menarik.Jika hujan air dari bukit akan memancut laju.Cantik dipandang. Ha..hidup mesti cantik dan kreatif tau..

Monday, January 25, 2010

TARIAN 2009


Pasukan Tarian SKDI pernah muncul Johan dan Naib Johan serta beberapa orang murid cemerlang ke peringkat kebangsaan antaranya Naimz, Afiq dan Faiz..Ini kerana kesungguhan Cikgu Roziah Hanim, Syarifah Ridzoh dan Siti Aida yng tak jemu melatih mereka dengan bantuan Abg Wan dari TLDM..Ramlan Hussin memang memberikan support penuh jika ada staf yg proaktif..tahniah!

Tuesday, January 19, 2010

RAWATAN PERGIGIAN



Minggu ini: 19 Januari 2010 semua murid SKDI sangat bertuah kerana Kementerian Kesihatan unit pergigian akan membuat pemeriksaan dan rawatan gigi. Sekolah ini setiap tahun ada Program Gosok Gigi..dalam rekod kesihatan gigi, SKDI berada dalam Top 5. Tahniah kepada anda kerana pandai menjaga gigi.Ha.. jangan lupa gosok gigi lepas makan tau...! Terima Kasih Nurse..Arigato Dr..ana takut laaa..

Sunday, January 17, 2010

LANTIKAN PENGAWAS 2010






Hari ini 18 Januari 2010 Pengawas SKDI telah menerima Tauliah Pelantikan. Harap anda dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Pengawas Sekolah - Baju Biru, PSS - Baju Pink dan SPBT - Baju Kuning. Semua murid mesti akur arahan pengawas. Mereka ada buku saman..Ha..jangan sampai kena saman pula..

Saturday, January 16, 2010

ATTITUDE






Abjad A sampai Z. A mewakili no:1, B No: 2 dan seterusnya. Jika kita ambil perkataan WANG dan jadikan jumlah no: 23+1+14+7 = 45 peratus. Untuk dapat 100 peratus ialah perkataan ATTITUDE. Jadi Attitude lah yang penting dalam hidup kita. Ana dah jadi guru sejak 1979. Dah banyak pengalaman, tapi ana susah nak jumpa guru-guru yg komited. Yg sanggup datang siang malam menyiapkan tugasan dan melatih murid-murid. Seingat ana cikgu Bahidon Abd Rahim, Zakiah Abu Bakar, Rashidi Ibrahim, Noraini Othman, Saadiah Yang, Roziah Hanim antara yg terbaik yng telah bertukar ke sekolah lain dalam ingatan. Very komited dan sanggup bekerja lebih masa dan bersemangat. Tahniah kat u all. Antara tempat yg menarik untuk dilihat..Cantik dan kemas kerana diurus oleh guru yang dedikasi..Tahun ini siapa pula gurunya..Rahsia nanti ada yg sedih pula..

Cerianya....cantiknye....
JADI sama-sama kita kekalkan ATTITUDE ini...

Cuti-cuti ana bawa anak-anak tanam rumput, bersih daun-daun,cuci bilik KH..

Thursday, January 14, 2010

TEKNIK MOP LANTAI






14 Jan 2010 perhimpunan pagi-GB Ramlan menegaskan KEBERSIHAN ITU SEPENUH IMAN.Mesti bersih selalu dan jangan buat kotor.Jika masuk tandas, lihat kesan kasut sendiri, jika kotor mop lantai tu.Teknik mop telah ditunjukan dengan penuh harapan supaya semua manusia tahu menjaga kebersihan. Tegasnya lagi, kecil-kecil dah pandai buat kotor kerana didikan ibu dan bapa yang salah. Kalau nak lihat perangai ibubapanya, lihatlah perangai anaknya.
Bawah meja ada pasir, debu hendaklah dimop selalu.Guru-guru perlu mendidik dengan tegas tentang kebersihan supaya negara Malaysia bebas sampah sarap tepi jalan.





Barisan pengawas sekolah-sediakan buku kecil dan saman murid yang buat salah, buat kotor dan lain-lain kesalahan yang dilakukan. Tindakan tegas akan diberikan termasuk hadiah MISTERI dari GB Ramlan.

AKUJANJI UPSR2010






8 Jan 2010 semua ibubapa murid Tahun 6 dipanggil unt mendengar motivasi teknik membantu anak belajar dan semua 63 murid ikrar akujanji unt mencapai keputusan cemerlang upsr tahun ini.Semoga mendapat kejayaan..JANGAN MAIN-MAIN MASA BELAJAR. Cikgu Adnan dari SMK Samudera tlh menyampaikan tip..Ibubapa lah yg mencorak anaknya sama ada nak jadi baik atau jahat..

SEKOLAHKU